24 April 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 atas usaha, pengorbanan dan semangat yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan akademik sehingga memperoleh keputusan peperiksaan hari ini.
Keputusan SPM 2024 merupakan satu titik penting dalam perjalanan hidup setiap pelajar. Tidak kira apa jua keputusan yang diterima, ia bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada langkah baharu dalam membina masa depan yang lebih cemerlang melalui pendidikan tinggi, latihan kemahiran, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) serta pelbagai peluang pembangunan diri yang tersedia.
Sebagai agensi pembangunan modal insan Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sentiasa komited membantu Anak Perak meneroka peluang pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya bagi melahirkan generasi yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.
Bagi pelajar yang sedang merancang hala tuju selepas SPM 2024, rebutlah peluang untuk meningkatkan kemahiran dan potensi diri melalui pelbagai program pembangunan bakat, latihan TVET dan inisiatif pendidikan yang disediakan demi membina masa depan yang lebih cerah.
Teruskan melangkah dengan yakin, berusaha tanpa henti dan jangan pernah berhenti mengejar impian. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.
Tahniah sekali lagi kepada seluruh calon SPM 2024. Semoga kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju demi masa depan yang lebih gemilang.



