NO. SEBUT HARGA : PASAK.KEW.BIL 1/2025

Ipoh, Perak – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang berpengalaman dan berkelayakan untuk menyertai Sebut Harga Perkhidmatan Penyediaan, Pemasangan, Pentauliahan dan Pelupusan Bahan Promosi (Cetakan dan Gegantung) bagi Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Peringkat Daerah dan Zon, Karnival Kerjaya Perak Sejahtera serta Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani Tahun 2025.

Pelawaan ini terbuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan mempunyai pendaftaran yang masih sah sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau dua belas (12) bulan daripada tarikh tutup sebut harga.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Perak melalui PASAK dalam memperkukuhkan pelaksanaan program pembangunan modal insan, peluang pekerjaan, pendidikan kemahiran dan pembangunan bakat rakyat Negeri Perak selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.

Bagi perolehan ini, harga indikatif jabatan telah ditetapkan sebanyak RM154,585.00. Walau bagaimanapun, nilai sebenar yang akan dipertimbangkan adalah tertakluk kepada tawaran yang diterima serta pematuhan kepada syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Program seperti Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera, Karnival Kerjaya Perak Sejahtera dan Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani merupakan antara inisiatif utama bagi memperluaskan akses kepada peluang kerjaya, latihan kemahiran, pendidikan teknikal dan pembangunan bakat dalam kalangan rakyat Negeri Perak.

Pihak PASAK menjemput syarikat yang berminat untuk menyertai proses sebut harga ini berdasarkan ketetapan berikut:

📅 Tarikh Pengambilan Dokumen: 7 Mac 2025 (Jumaat)
📍 Tempat: Pusat Latihan, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)
🕒 Masa: 3.00 Petang

PASAK akan terus komited memperkukuhkan pelaksanaan program pembangunan kerjaya, TVET serta pembangunan modal insan bagi menyokong agenda Negeri Perak sebagai negeri berdaya saing dan progresif.

Mohammad Muqri Bin Mohd Yusuff
M. Nur Ariff Bin Mohd Alim
Intan Noratikah Binti Sahrin