Hari Wanita 2025

๐ŸŒธ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐ŸŒธ

Wanita,
Lembut bicara penyejuk hati,
Semangat waja tiada terganti.
Berjiwa kental, terus berdiri,
Jadi inspirasi setiap hari.

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita kepada seluruh wanita hebat di Negeri Perak dan seluruh Malaysia.

Wanita merupakan tonggak penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kecekalan, pengorbanan dan semangat yang luar biasa, wanita terus memainkan peranan besar dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, kepimpinan, pembangunan modal insan serta sektor kemahiran dan TVET.

PASAK amat menghargai sumbangan wanita dalam memperkukuhkan pembangunan negeri serta melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing. Selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, pelbagai inisiatif pembangunan wanita, latihan kemahiran dan program TVET terus diperkasakan bagi membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk meningkatkan potensi diri dan menjana masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga sambutan Hari Wanita 2025 menjadi simbol penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan kekuatan wanita dalam membentuk masyarakat yang progresif, harmoni dan sejahtera.

โœจ Wanita Berinspirasi, Pemangkin Masa Depan Negeri โœจ