TVET WARGA EMAS FASA 1 2025

๐ŸŒŸ ๐—จ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜! ๐ŸŒŸ

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus komited memperkasa pembangunan kemahiran rakyat menerusi pelaksanaan Program TVET Warga Emas Fasa 1 Tahun 2025 yang menawarkan pelbagai kursus latihan kemahiran percuma khusus buat warga emas di Negeri Perak.

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran praktikal dan menjana pendapatan melalui kursus seperti Kraf Tangan Jahitan, Penghasilan Doh Berasaskan Yis, Refleksologi Kaki & Tangan, Slice Cake Decoration & Packaging serta Terapi Urutan & Bekam Angin. Setiap kursus dijalankan selama 5 hari dan peserta turut menerima elaun latihan sebanyak RM200.

Inisiatif TVET Warga Emas ini dilaksanakan selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 bagi memastikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran warga emas, malah membuka peluang kepada mereka untuk terus aktif, berdikari serta menceburi bidang keusahawanan kecil dan ekonomi komuniti.

Antara daerah yang terlibat dalam pelaksanaan program ini termasuk Manjung, Batang Padang dan Kinta, dengan penyertaan terbuka kepada warga emas yang berminat untuk menambah ilmu serta meningkatkan kualiti hidup melalui latihan TVET.

๐Ÿ“ฒ Muat turun aplikasi Talent Perak dan daftar sekarang untuk menyertai kursus TVET percuma anjuran PASAK.

โœจ Belajar Sepanjang Hayat, Kemahiran Untuk Masa Depan โœจ