28 Julai 2024 (ISNIN), Ipoh.
Perasmian Karnival TVET Perak Sejahtera 2030 telah disempurnakan oleh YB Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India Dan Integrasi Nasional), Dato’ Encik Mohamad Fauzi bin Mahson (Pengarah Pendidikan Negeri Perak), Encik Zulhisham bin Ahmad Shukoro (Pegawai Daerah Kinta), Encik Aldrin Ng )Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) dan Encik Safuan bin Haji Raba’ai (Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri).
Terdapat juga Tech in Community : Penjajaran Minda dalam Memenuhi Permintaan Industri bersama panel-panel dari perwakilan Dewan Belia Perak iaitu Muhammad Faiz Nazrin Zulkeflee, Sufi Hanany binti Omar, IR. GS.TS. Doktor Hj. Mohd Rizman Sultan Mohd dan moderator Megat Dzulhisham Megat Muzaffar Shah.
Seramai 500 orang pelajar dan guru pengiring merangkumi hampir seluruh daerah dalam Perak terdiri daripada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, dan menengah telah menyertai pertandingan TVET yang dilancarkan sepanjang karnival ini berlangsung. Pertandingan ini merupakan platform untuk pelajar menonjolkan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang TVET.
Antara pertandingan TVET yang dijalankan adalah, Robotic Challenge yang melibatkan dua peringkat sekolah iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah, Fashionista Pra-sekolah, Junior Chef Challenge, Inovasi Muffin Pendidikan Khas, Ilnovasi Reka Bentuk & Teknologi (RBT), Pembinaan Model Rumah Teknologi Hijau dan sebagainya.
Karnival TVET Perak Sejahtera 2030 ini dijalankan secara bersemuka di AEON Big Falim dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.
@perakpasak terima kasih semua yang menjayakan Karnival TVET kalini! jumpa lagi TAHUN DEPAN 🥳 #JomMasukTVET #karnivalTVET #TVET #perak #fyp
♬ Success Inspirational - StereojamMusic



