Kursus Asas Reka Grafik (Canva)

19 & 20 Mac 2024 (Selasa & Rabu).

Program Kursus Reka Grafik (Canva) ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom bermula 9 pagi sehingga 4.30 petang dan telah disampaikan oleh Encik Mohmad Khairul Fazli, Pensyarah Multimedia Jabatan Teknologi Maklumat Universiti Sultan Azlan Shah. Kursus ini telah mendapat penyertaan sebanyak 40 orang yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, usahawan serta pencari kerja dari seluruh negeri Perak.

Software Canva digunakan sepenuhnya dengan bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta tentang reka grafik. Peserta turut didedahkan mengenai ciri-ciri yang terdapat di dalam Canva serta konsep layering, penggunaan warna dan lain-lain. Para peserta juga diminta untuk membuat tugasan iaitu membuat sebuah poster berkaitan sambutan perayaan yang bakal tiba seperti Hari Raya Aidilfitri dan Nuzul Al-Quran.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohmad Khairul Fazli atas kesudian berkongsi idea yang sangat menarik, berkualiti dan bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.