Kampong Gajah, 9 Mac 2024.
Perasmian Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Perak Tengah 2024 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Khairudin bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan), Encik Megat Mohd Zamri bin Megat Mohd (Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah Bahagian Pembangunan), Encik Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi (Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah), Tuan Haji Mohd Nazari bin Haji Sabran (mewakili Encik Khairul Azwan bin Harun, Pengerusi Halal Development Corporation Berhad) dan Encik Mohamad Fikri bin Mohd Junit (Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak).
Matlamat utama Jelajah Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.
Jelajah Kerjaya ini dijalankan secara bersemuka di Dewan Serbaguna MDPT, Kampung Gajah, Perak dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Lebih 2600 jawatan kosong ditawarkan dari 9 syarikat hadir yang pada program kali ini. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.



