Tanjong Malim – 17 Februari 2024.
Perasmian Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim 2024 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak), Yang Berhormat Puan Salina Binti Samsudin (Ahli Dewan Negeri Kawasan Behrang), Encik Mohamad Fitri Bin Hassan (Pegawai Daerah Muallim), Encik Mohd Ikram bin Ahmad (YDP Majlis Daerah Tanjong Malim), Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak), Encik Mohanadas A/L Veraya (Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak) dan Encik Muhamad Adha Bin Shamsuddin (Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)).
Matlamat utama Jelajah Karnival Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.
Jelajah Karnival Kerjaya ini dijalankan secara bersemuka di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Lebih 2000 jawatan kosong ditawarkan dari 11 syarikat hadir yang pada program kali ini. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.



