Taklimat Penulisan Resume Dan Persediaan Menghadapi Temuduga – Kolej Komuniti RTC Gopeng

Gopeng, 13 Disember 2023.

Telah berlangsung program Xplorasi Kampus, Taklimat Penulisan Resume dan Persediaan Menghadapi Temuduga di Kolej Komuniti RTC Gopeng. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]). Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK. Seterusnya program diteruskan lagi dengan taklimat penulisan resume dan persediaan menghadapi temuduga.


Antara perkara yang dikongsikan ialah elemen penting dalam resume, pemilihan format dan tulisan dalam resume, serta cara penulisan resume yang baik. Di samping itu, perkongsian berkaitan persediaan temuduga seperti soalan-soalan yang sering ditanya oleh majikan, dan juga apa persediaan lain yang perlu dilakukan oleh graduan sebelum memasuki sesi temuduga.


PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti RTC Gopeng di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para pelajar. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.