TVET Exchange Program Tahun 2026 Ditangguhkan

Pemakluman Rasmi: TVET Exchange Program (Perak to China) Tahun 2026 Ditangguhkan

IPOH, PERAK โ€“ Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Malaysia-China Youth TVET Training di bawah TVET Exchange Program (From Perak to China) bagi tahun 2026 tidak akan diteruskan.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa di peringkat antarabangsa, khususnya krisis tenaga global yang berpunca daripada konflik yang berlaku di Asia Barat, yang memberi kesan kepada aspek perancangan, logistik dan pelaksanaan program antarabangsa.

PASAK sentiasa mengutamakan keselamatan, kesejahteraan serta kepentingan semua peserta. Justeru, program ini akan diteliti semula dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaannya pada masa hadapan dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih kondusif, selamat dan memberi impak maksimum kepada pembangunan modal insan Negeri Perak.

Walaupun pelaksanaan program ini ditangguhkan, PASAK kekal komited dalam memperkasa pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelbagai inisiatif latihan, peningkatan kemahiran, pembangunan bakat serta kerjasama strategik di peringkat tempatan dan antarabangsa selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Orang ramai, peserta yang telah membuat permohonan serta pihak berkepentingan disarankan untuk sentiasa mengikuti saluran rasmi PASAK bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan status program dan sebarang pengumuman rasmi pada masa akan datang.

PASAK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian, kefahaman dan kerjasama semua pihak serta memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.