Taklimat Penulisan Resume – Politeknik Ungku Omar (PUO)

Ipoh, 19 September 2033.


Telah berlangsung program Xplorasi Kampus Taklimat Penulisan Resume bersama pelajar PUO. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Amirul Zahiruddin bin Ramlee (Eksekutif Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]). Sesi telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK. Seterusnya program diteruskan lagi dengan taklimat penulisan resume.


Peserta didedahkan dengan cara penulisan resume yang betul dengan kriteria yang dikehendaki oleh pihak industri terutamanya pengurusan sumber manusia. PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUO di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para pelajar. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.