Ipoh, 20 September 2023.
Telah berlangsungnya program Xplorasi Kampus Taklimat Persediaan Interview (Grooming) bersama pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Ungku Omar.
Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh Encik Hariree Zolkarnain, Pengurus Bahagian Sumber Manusia, Sunway Group, The Banjaran Hotsprings Retreat. Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK yang disampaikan oleh Encik Firdaus Dzi Murad. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan taklimat persediaan temuduga berkaitan grooming oleh Encik Hariree.
Peserta didedahkan dengan bahasa tubuh (body language), etika pemakaian, tips berkomunikasi serta contoh soalan yang sering ditanya oleh majikan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan masalah yang sering dihadapi oleh graduan apabila ditemuduga.
PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PUO di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para pelajar. Pihak PASAK juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Encik Hariree atas kesudian untuk berkongsi ilmu kepada semua peserta. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.
@perakpasak Xplorasi Kampus : Persediaan Temuduga @ Politeknik Ungku Omar #puo #xplorasikampus #temuduga #resume #fypage #perak
โฌ Move Your Feet - Junior Senior