Jumaat – 22 September 2023.
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Warga Emas bagi Kursus Sistem Fertigasi Tanaman.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Megat Mohd Zamri Bin Megat Mohd (Ketua Penolong Pegawai Daerah mewakili Yang Berusaha Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah), Puan Ng Suat Meay (Penolong Pengurus Projek Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Encik Nordin Bin Abdul Malek (Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan), Mohd Fadhlie Bin Khamis (Ketua Penolong Pengarah Bahagian OKU Dan Warga Emas Iskandar mewakili Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak) dan Cik Nor Azlinda Binti Ahmad Shaari (Penguasa Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar).
Kursus ini telah melibatkan seramai 15 peserta selama 5 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas pertanian, sistem penanaman fertigasi, pengurusan sistem tanaman serta penjagaan tanaman dan pengeluaran hasil.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.