Ahad – 10 September 2023.
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Warga Emas bagi Kursus Pemerkasaan Digital Warga Emas. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Fikri bin Mohd Junit (Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak), Dr. Nur Hafeeza binti Ahmad Pazil (Wakil Penyedia Latihan Usains Holdings Sdn Bhd [Universiti Sains Malaysia, USM]), Dr Mohd Khairuddin Bin Mohad Sallehuddin (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM) dan Tuan Haji Meor Samsudin bin Abu Hassan (Penyelaras Homestay Labu Kubong Merangkap Pengerusi Koperasi Homestay Labu Kubong).
Majlis ini telah melibatkan seramai 20 peserta selama 5 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas penggunaan teknologi digital di dalam perniagaan. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.



