14 Jun 2024 (JUMAAT).
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Warga Emas bagi Kursus Asas Penjagaan Warga Emas.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Salbiah Binti Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi) diiringi oleh Encik Aldrin Ng (Pengarah PASAK), Puan Jamilah Binti Zakaria (Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita [SPW]), Puan Khalifah Binti Hamzah (Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, UniKL RCMP), Ms. Pek Yah San (Ketua Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, UniKL RCMP) dan Puan Mazlizatul Shera Binti Mohamad (Pengarah dan Pengasas Bersama Sunshine Qualicare Sdn. Bhd.).
Kursus ini telah melibatkan seramai 32 orang peserta yang telah berlangsung dari 10 – 14 Jun 2024 (5 Hari).
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.



