Kursus Asas Penjagaan Warga Emas

Jumaat – 10 Mei 2024.
 
 
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Warga Emas bagi Kursus Asas Penjagaan Warga Emas. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Fikri Bin Mohd Junit (Pengurus Besar PASAK) diiringi oleh Assoc Prof Dr. Mah Kin Kheong (Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Perubatan), Ms. Pek Yah San (Ketua Jabatan Kejururawatan), dan Puan Rino Sabri (Pengarah Urusan Sunshine Qualicare Sdn. Bhd.)
 
 
Kursus ini telah melibatkan seramai 27 orang peserta yang telah berlangsung dari 06 – 10/05/2024 (5 Hari). Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.