๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐€๐ˆ๐†๐Ž ๐‚๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐š๐ง๐ ๐’๐Š๐Œ ๐Ÿ‘ ๐ข๐ง ๐„๐ฅ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฒ ๐‚๐š๐ซ๐ž ๐“๐ซ๐š๐ข๐ง๐ข๐ง๐ 

16 Disember 2024. Majlis Pembukaan Kursus KAIGO telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah binti Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan, dan Koperasi) pada jam 11:30 pagi tadi.
Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Program Santunan Kasih Perak di bawah jawatankuasa YB Dato Salbiah. Beliau menyentuh mengenai kepentingan kemahiran KAIGO ini terhadap misi mensejahterakan rakyat melalui agenda Perak Sejahtera 2030. Pada era di mana populasi warga emas yang kian meningkat di seluruh negara, kemahiran KAIGO amatlah penting kepada masyarakat. Menariknya, kursus ini menggunakan kaedah Jepun yang merangkumi aspek fisiologi, psikologi, serta komunikasi warga emas.
Kursus yang mendapat sambutan seramai 25 peserta ini akan berlangsung selama 12 bulan. Kursus ini direalisasikan atas kerjasama antara PASAK dengan MASOC CARE. Diharapkan semoga kursus ini memberi manfaat kepada setiap peserta dan seluruh warga emas di negeri Perak.