TVET Exchange Program (TEP) Negeri Perak

23 September 2024 (ISNIN).
Menerusi program Malaysia-China Youth TVET Training Program merupakan prakarsa Kerajaan Negeri Perak dalam mempertingkatkan nilai dan kualiti aliran TVET dalam bidang automotif. Usaha ini berjaya dilaksanakan hasil daripada kerjasama diplomatik selama 50 tahun antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China.

Bagi Delegasi Kedua, seramai 15 peserta telah menyertai program tersebut melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan menghadiri kursus latihan _New Energy Vehicle_ selama 12 hari di Guizhou Communication Polytechnic University di bawah TVET Exchange Program berkolaborasi Malaysia-China Youth TVET Training Program.

Peserta telah berada di Guizhou, China pada 19 September. Selepas sesi taklimat serta kunjungan di kawasan kampus, kursus latihan bermula pada hari ini.
Semoga Delegasi Kedua ini dapat meneruskan perjalanan dan pembelajaran mereka dengan selamat dan berjaya demi mencapai matlamat Perak Sejahtera 2030.

Kongsikan

Berita lain-lain: