4 Ogos 2024 (Ahad).
Perlepasan peserta aliran automotif ke Anhui, China menerusi program Malaysia-China Youth TVET Training Program. Program ini merupakan prakarsa Kerajaan Negeri Perak dalam mempertingkatkan nilai dan kualiti aliran TVET dalam bidang automotif. Usaha ini berjaya dilaksanakan hasil daripada kerjasama diplomatik selama 50 tahun antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China.
Bagi Delegasi Pertama, seramai 15 peserta daripada aliran automotif telah berdaftar di bawah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Kesemua peserta bertolak daripada Ipoh-KLIA pada jam 10:00 pagi dengan menaiki bas. Peserta telah diberikan taklimat terlebih dahulu oleh Encik Tan Yu Chyan (Deputy General Manager Tang International Education Group) dan En Rizan Hassan (Pihak Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran).
Mereka kemudiannya akan berlepas daripada KLIA-China pada jam 9:00 malam. Kesemua 15 peserta ini dalam keadaan teruja dan bersemangat untuk melanjutkan sesi pembelajaran mereka di Institusi TVET Kolej Vokasional dan Teknikal Anhui, Hefei, Anhui Province, China.
Diharapkan semoga Delegasi Pertama ini dapat meneruskan perjalanan dan pembelajaran mereka dengan selamat dan berjaya demi mencapai matlamat Perak Sejahtera 2030.



