Majlis Perasmian Perlepasan Peserta Malaysia – China Youth TVET Training Program 2024

7 Oktober 2024 (ISNIN).
Majlis Perasmian Perlepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training Program 2024 (MCYTT) telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi pada jam 4:00 petang di KLIA. Majlis turut dihadiri oleh

YB Tn Hj Manndzri b Hj Nasib (Pengerusi RISDA, Pengerusi Lembaga Penasihat Malaysia-China Institute, Ahli Majlis TVET Negara) untuk memberi ucapan aluan kepada 200 orang peserta yang terlibat.

Bagi rombongan kali ini, PASAK telah menghantar seramai 20 orang belia yang terpilih dalam kalangan pelajar TVET di negeri Perak. Melihat daripada pencapaian peserta yang lepas, PASAK berharap bahawa rombongan kali ini membuahkan hasil yang signifikan sekali gus memberi sumbangan terhadap pertumbuhan negeri pada masa akan datang.

PASAK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR) dan TANG International Education atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang menjayakan program MCYTT ini.

Dapatkan Aplikasi Talent Perak :

Kongsikan

Berita lain-lain: