Pemakluman Penghantaran Request for Proposal (RFP) Program TVET Fasa 1 Tahun 2025 Negeri Perak

Ipoh, Perak โ€“ Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melalui Majlis TVET Negeri Perak ingin memaklumkan bahawa permohonan penghantaran Request for Proposal (RFP) Program TVET Fasa 1 Tahun 2025 kini dibuka kepada semua penyedia latihan TVET, institusi latihan, pemain industri, NGO serta organisasi yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membangunkan modal insan berkualiti, meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja serta memperluaskan akses latihan kemahiran kepada rakyat negeri Perak.

Semua penyedia latihan yang berminat dijemput untuk menghantar kertas kerja Program TVET Fasa 1 Tahun 2025 mengikut format serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Sekretariat Majlis TVET Negeri Perak.

๐Ÿ“… Tempoh Penghantaran RFP:
20 Januari 2025 โ€“ 31 Januari 2025

Permohonan yang diterima akan dinilai berdasarkan syarat, garis panduan dan keperluan program bagi memastikan pelaksanaan latihan TVET yang berkualiti serta memberi impak tinggi kepada pembangunan bakat dan kemahiran rakyat Negeri Perak.

Antara fokus utama Program TVET Negeri Perak termasuk:

โœ… Latihan Modular Industri
โœ… Program TVET Mahir Kerja
โœ… TVET Orang Asli
โœ… TVET OKU
โœ… TVET Warga Emas
โœ… TVET Anak Yatim
โœ… Program peningkatan kemahiran industri
โœ… Pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi

Usaha ini selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam memperkukuh ekosistem latihan kemahiran dan merealisasikan Perak sebagai Koridor TVET Malaysia, sekaligus memperkasakan pembangunan ekonomi serta modal insan negeri.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penghantaran Request for Proposal (RFP) Program TVET Fasa 1 Tahun 2025, sila hubungi:

๐Ÿ“ž Cik Asyikin / Cik Jannah
โ˜Ž๏ธ 05-318 3290

PASAK komited untuk terus menjadi pemangkin pembangunan bakat, latihan kemahiran dan pendidikan TVET bagi melahirkan tenaga kerja kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri masa hadapan.

ย