Perasmian Karnival TVET Perak Sejahtera 2030

@perakpasak

pendek cerita, macam macam la kat Karnival TVET. Kome dah pergi ke belum? #TVET #perak #fypage #malaysiatiktok #tiktokmy

♬ Lil Boo Thang - Paul Russell

17 September 2023, Ipoh.

Perasmian Karnival TVET Perak Sejahtera 2030 telah disempurnakan oleh YB Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India Dan Integrasi Nasional), Encik Mohamad Fauzi bin Mahson (Pengarah Pendidikan Negeri Perak) dan Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]).

Matlamat utama Karnival TVET Perak Sejahtera 2030 ini untuk memperkasakan lagi bidang TVET yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dalam melahirkan warga yang mempunyai kemahiran mengikut minat masing-masing, meningkatkan kebolehpasaran masyarakat mengikut kemahiran, memberikan pendedahan kepada masyarakat akan kepentingan bidang kemahiran dalam pendidikan serta mewujudkan jaringan dan jalinan komuniti warga Perak berkemahiran dan bersepadu.

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dalam melaksanakan Projek Rintis yang melibatkan Kelab Bimbingan dan Kerjaya dari 15 buah sekolah bagi tahun 2030. la bertujuan untuk memberi pendedahan melalui program Taklimat Haluan Kerjaya dimana pelajar diberi bimbingan dan pemetaan haluan kerjaya selepas tamat persekolahan, kursus kemahiran TVET jangka pendek serta lawatan ke institusi dan industri.

 

@perakpasak

robotic challenge sedang berlangsung di Karnival TVET 🤖 #karnivalTVET #TVET #robot #roboticchallenge

♬ original sound - cam.cc

Sebanyak 15 buah pertandingan yang dipertandingkan di peringkat Negeri Perak dimana pertandingan ini melibatkan murid daripada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara pertandingan yang dijalankan adalah, Robotic Challenge yang melibatkan dua peringkat sekolah iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah, Fashionista Pra-sekolah, Junior Chef Challenge, Inovasi Muffin Pendidikan Khas, Ilnovasi Reka Bentuk & Teknologi (RBT), Pembinaan Model Rumah Teknologi Hijau dan sebagainya.

Karnival TVET Perak Sejahtera 2030 ini dijalankan secara bersemuka di Arena Badminton Perak dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.