Kenyataan Rasmi PASAK: Penyelarasan Penamaan Kursus TVET OKU 2026

๐Š๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐š๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐“๐•๐„๐“ ๐Ž๐Š๐”. ๐“๐š๐ฃ๐ฎ๐ค: ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐“๐•๐„๐“ ๐Ž๐Š๐”.


Pihak PASAK mengambil maklum akan maklum balas dan keresahan yang dibangkitkan oleh orang ramai mengenai penamaan kursus latihan bagi golongan OKU yang melibatkan kemahiran urutan, refleksologi, dan fisioterapi. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketepatan maklumat, pihak PASAK telah bekerjasama dengan penyedia latihan untuk menyelaraskan semula penamaan kursus dengan menggugurkan istilah “Fisioterapi” daripada tajuk latihan tersebut. Langkah ini diambil bagi memastikan objektif asal program, iaitu memberikan pendedahan kemahiran praktikal kepada anak-anak istimewa demi kelangsungan ekonomi mereka dapat disampaikan dengan lebih jelas tanpa menimbulkan salah faham dari sudut profesionalisme perubatan. Pihak PASAK amat menghargai keprihatinan masyarakat dan akan lebih teliti dalam menyaring serta memantau jenis latihan yang ditawarkan oleh penyedia latihan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.