๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ž๐—จ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ

5 Mei 2025 – Satu Majlis Penutup & Penyampaian Sijil: Kurus Asas Pembuatan Roti telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Steven Tiew Tee Siang (ADUN Kawasan Tronoh), tengah hari tadi.
Majlis ini dijalankan bagi meraikan kejayaan 20 peserta OKU yang mengikuti kursus ini. Turut dihadiri Cik Natasya (Ketua Unit Pembangunan & Penyelidikan, PASAK), Encik Pirakas Rao (Pusat Khidmat Masyarakat, Parlimen Batu Gajah), Puan Rozliana (Presiden POPP, Ipoh), dan Tuan Hj. Abd Azis (Ketua Eksekutif, Kolej Teknologi MIDAS).
Kursus yang berlangsung selama 8 hari ini telah membuka ruang kepada OKU Perak untuk menceburi bidang pastri dan bakeri, serta memaksimumkan potensi kemahiran mereka. Kesemua peserta mendapat latihan yang berkesan daripada pihak MIDAS Skill & Services Sdn. Bhd. melalui modul-modul yang mengikut acuan industri semasa.
Ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui PASAK, untuk memberdayakan golongan OKU dengan menyuntik elemen kemahiran dan keusahawanan dalam diri mereka demi mencapai kesejahteraan rakyat dan meningkatkan ekonomi tempatan.