Kursus Servis Tayar Dan Penjajaran Roda Kenderaan

Selasa – 31 Oktober 2023.
 
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Servis Tayar dan Penjajaran Roda Kenderaan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Cheah Pou Hian (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jelapang), Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]), Encik Yang Kien Seng (Pengerusi Pro Skills Academy (PSA), Encik Wong Shao Jiat (Pengarah Syarikat Tayar Dan Batteri Usaha Jaya), Encik Samsuri bin Hashim (Pengurus Monz Garage), Encik Tan Hock Ming (Pengarah Xin Tai Tyre Sdn Bhd), Puan Nor Idayu binti Fahrolrazi (Pengurus Camar Tanjung), Encik Mohammad Noor Asraf bin Abdul Rahim (Pengurus Bob Tyres) dan Encik Amiruddin b. Baharun (Pengurus BG Racing Accessories & Service).
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.