Kursus Barber & Salon

Jumaat – 15 Mac 2024.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Barber and Salon. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Khairudin Bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak), Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Encik Yus Andika Bin Yusuf Ahmad (Pengarah Mate Legacy).

Kursus ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta selama 12 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan kemahiran pengguntingan dan penggayaan rambut.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.