Kursus Teknik Asas Kimpalan

Sabtu – 30 September 2023.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Teknik Asas Kimpalan. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Suat Meay (Penolong Pengurus Projek Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)), Encik Mehamad Ezanie bin Mehamad Noor (Pengarah Program Kursus Asas Kimpalan) dan Encik Mohd Fadhly bin Hasan (Wakil Pemilik Bengkel Besi Samudera).

Kedua-dua kursus ini telah melibatkan seramai 20 peserta selama 15 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan pengurusan keselamatan di tempat kerja, bagaimana menggunakan peralatan tangan dan mesin, proses pemotongan oksiasetilena, plasma dan gouging dan pelbagai modul lain.

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.