Ahad – 1 Oktober 2023.
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Modular Industri Makanan. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Suat Meay (Penolong Pengurus Projek Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) dan Encik Muhammad Najib bin Abdul Rahman (Pengarah Program Kursus Pembuatan Makan TVET Modular Industri).
Kedua-dua kursus ini telah melibatkan seramai 20 peserta selama 12 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas struktur industri makanan, trend dan perkembangan di dalam industri makanan, pengenalan kepada GMP (Good Manufacturing and Proses) dan pelbagai modul yang lain.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.



