Sabtu – 16 Mac 2024.
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Modular Industri bagi Kursus Baking Class pada hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Wong Chai Yi (Ahli Dewan Negeri [ADUN] Kawasan Simpang Pulai), Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak [PASAK]) dan Encik Raymond Ho Swee Hau (Pengarah Urusan AKS Training Centre).
Kursus ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta selama 12 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan pelbagai jenis Kemahiran dalam kelas pembuatan kek (baking).
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.



