19 Ogos 2025 โ Graduation Ceremony For The Award In Electric Vehicle (EV) Awareness Program, bagi Program TVET Modular Industri Fasa 2 Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Esnet Academy, Jelapang Campus, Perak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Aldrin Ng, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat khususnya Esnet Academy Sdn. Bhd. atas kerjasama strategik dalam menjayakan program ini.
ย
Para peserta diraikan setelah berjaya menamatkan kursus intensif yang memberi pendedahan menyeluruh mengenai teknologi kenderaan elektrik. Melalui kursus ini, para peserta bukan sahaja memahami konsep asas EV, malah turut didedahkan kepada aplikasi industri sebenar yang menekankan aspek keselamatan, teknikal serta inovasi. Kejayaan yang dicapai membuktikan bahawa TVET kini bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua, sebaliknya menjadi landasan utama anak muda Perak memperkukuh potensi diri dan daya saing.
ย
PASAK turut menegaskan bahawa TVET merupakan pemangkin penting dalam menjadikan Perak sebagai Koridor TVET Negara menjelang 2030. Dengan kadar kebolehpasaran graduan TVET yang mencecah 94.1% di negeri ini, program seumpama ini diyakini mampu melahirkan tenaga mahir yang selari dengan kehendak industri semasa.
ย
Semoga kejayaan peserta hari ini menjadi inspirasi kepada generasi muda lain untuk terus melangkah ke hadapan, menguasai kemahiran baharu serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Perak.



