2 Januari 2025.
YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis TVET Negeri Perak Bil 1 /2025.
Mesyuarat ini penting bagi kita meneliti hasil bagi setiap inisiatif serta program yang dilaksanakan di bawah agenda Perak Sejahtera 2030 sepanjang tahun 2024.
Antaranya Program TVET Modular Industri, sebanyak 56 kursus (place and train) telah dijalankan melibatkan seramai 987 orang peserta.
Selain itu, sebanyak 85 Kursus Jangka Pendek turut dilaksanakan melibatkan seramai 1574 peserta terdiri daripada Belia, OKU, Orang Asli dan Anak-Anak Yatim di seluruh Negeri Perak.
Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) di Negeri Perak dengan merangka pelbagai lagi inisiatif strategik bagi meletakkan TVET sebaris dengan aliran mainstream yang lain.
Kita mahu memastikan rakyat Perak terutamanya anak muda dilengkapi dengan kemahiran yang relevan, seterusnya meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran pekerjaan serta menyokong pembangunan ekonomi negeri secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri juga akan mempersiapkan guna tenaga berkemahiran sama ada dalam jangka pendek mahupun panjang bagi memenuhi keperluan bekalan sumber manusia khususnya bagi projek-projek berimpak tinggi seperti AHTV, LuMIC, SVTP dan KIGIP yang dijangka akan membuka lebih 150,000 peluang pekerjaan.