9 September 2024 (ISNIN).
Selesai sudah Taklimat Pembukaan Kursus French Pastry.
Program telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Suwaran Singh A/L Mangal Singh (Setiausaha Khas kepada YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan), diiringi oleh, Puan Suat Meay (Penolong Pengurus Projek PASAK), dan Chef Chung Wai Phin (Principal Fantastic Pastry Academy).
Kursus ini melibatkan seramai 20 orang peserta yang akan berlangsung dari 09 – 13/09/2024 (5 Hari).
Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.



