Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja – Kursus Teknikal Kontraktor Binaan (G1) Pemasangan Blok Ringan – IBS

11 Oktober 2024 (JUMAAT). 
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi – Kursus Teknikal Kontraktor Binaan (G1) Pemasangan Blok Ringan – IBS.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Jason Ng Thien Yeong (Ahli Dewan Negeri Kawasan Astaka) diiringi oleh Yang Berusaha Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Yang Berusaha Cik Norhasliza Binti Ahmad (Pengurus Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Cawangan Perak), Yang Berusaha Encik Mohd Nazri Bin Hj Zakaria (Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara), dan Encik Mohd Norlizam bin Arif (Pengurus Latihan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara).

Kursus ini berlangsung selama lima (5) hari dengan pengenalan modul-modul asas berkaitan bidang kontraktor binaan seperti Asas Kemahiran Autoclaved Lightweight Concrete (ALC), Pengenalan Kepada Peralatan Pertukangan, dan Panduan Memasang Dinding Blok ALC.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang telah dianjurkan ini. Diharapkan semoga program ini mampu memberi manfaat kepada para peserta yang untuk dipraktikkan dalam pekerjaan.

Kongsikan

Berita lain-lain: