Kursus Skil Terapi Berpantang (Tradisi India)

25 Ogos 2024 (AHAD).

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi Kursus Skil Terapi Berpantang (Tradisi India). Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Thulsi Thivani A/P Manogaran (Ahli Dewan Negeri Kawasan Buntong) diiringi oleh Cik Jannah (Pegawai TVET Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)), Encik Alban Simon (Pengarah Urusan Biznez Warrior Services) dan Encik Arumugam (Pengerusi Persatuan Penulis Puisi Tamil).
 
 
Kursus ini telah melibatkan seramai 10 orang peserta yang telah berlangsung dari 21 – 25 Ogos 2024 (5 Hari). Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.