12 September 2024(KHAMIS).
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi Kursus Pembuatan French Pastry:
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) diiringi oleh Yang Berusaha Puan Li Lee Siam (Chairman Fantastic Pastry Academy), Yang Berusaha Puan Chong Siew Ha (CEO Fantastic Pastry Academy), Yang Berusaha Chef Chung Wai Phin (Principal Fantastic Pastry Academy).
Kursus ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta untuk yang telah berlangsung dari 09/09/2024 -13/09/2024 (5 hari).
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.