Kursus Fabrikasi Paip “Piping” Di Dalam Industri Minyak Dan Gas

Jumaat – 22 September 2023.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi Kursus Fabrikasi Paip “Piping” di dalam Industri Minyak dan Gas.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Intergrasi Nasional), Encik Aldrin Ng (Pengarah, Pusat Aspirasi Anak Perak), Puan Puspa Hanita Binti Abd Aziz (Chief People Officer, People & Culture of Sapura Energy Berhad), Encik Chee Lip Jinn (Head, Fabrication, Lumut Fabrication Unit of Sapura Energy Berhad) dan Encik Rosdy Abdullah (Head, HRA LFU & Supply Bases).

Kursus ini telah melibatkan seramai 20 peserta selama 5 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas piping seperti mengenalpasti dimensi bahan piping, mengenalpasti had kepanasan bahan mentah, melakukan penyediaan bahan fabrikasi paip dan sebagainya.

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.