๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ & ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐’๐จ๐ฅ๐ž๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง

Lenggong, 12 Julai 2025 โ€“ Majlis Penutup & Penyampaian Sijil Kursus Solekan Pengantin telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kegiatan Wanita, Taman Kota Tampan, Lenggong. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Aisshwarya Artistry & Bridal Academy dan disertai oleh 20 peserta wanita.


Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Hamisah Husin. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kemahiran dalam bidang solekan bukan sekadar memenuhi keperluan majlis, tetapi juga membuka ruang kerjaya dan keusahawanan, selari dengan permintaan industri kecantikan yang semakin meningkat.


Kursus selama lima hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif TVET Mahir Kerja oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah agenda Pelan Perak Sejahtera 2030. Peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul seperti aplikasi solekan wajah, prosedur solekan secara teori dan praktikal, bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran dalam industri kecantikan.
Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan wanita melalui ilmu kemahiran, selaras dengan pendekatan โ€˜Satu Warga, Satu Skilโ€™ bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan mampu menjana pendapatan secara berdikari.


Diharapkan kursus ini menjadi titik tolak kepada peserta untuk terus melangkah ke hadapan dalam dunia keusahawanan serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri Perak.