4 Julai 2024 (KHAMIS).
Telah berlangsung Bengkel Pelan Promosi TVET Negeri Perak pada 4 Julai 2024. Bengkel yang berlangsung selama satu hari ini merupakan salah satu prakarsa Kerajaan Negeri Perak; menerusi agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sebagai ahli Sekretariat Majlis TVET Negeri Perak, dalam memperkukuhkan lagi kualiti TVET secara sistematik.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh En Aldrin Ng selaku Pengarah PASAK, kemudiannya disusuli dengan ucapan daripada Encik Fikri selaku Pengurus Besar PASAK. Sebanyak 14 โstakeholderโ yang melibatkan 21 orang wakil dalam bengkel ini merupakan wakil-wakil yang berkepentingan dalam industri kemahiran. Bengkel ini telah membincangkan tentang isu-isu dalam bidang TVET dan kaedah-kaedah menanganinya, khususnya yang berkaitan dalam Negeri Perak ini. Pembentangan isu dan idea ini memfokuskan aspek pelajar, guru, industri, dan masyarakat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada bengkel ini. Diyakini bahawa bengkel ini merupakan langkah awal Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuhkan lagi pelaksanaan dan program TVET dalam negeri Perak.ย



