Kursus Jahitan Membuat Beg

Khamis – 21 September 2023.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Anak Yatim bagi Kursus Jahitan Membuat Beg. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Cik Sandrea Ng Shy Ching (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teja, Gopeng), Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak), Cik Hjh Rohana Hj Mohd Salleh (Pengurus Unit Latihan Persatuan Pembangunan Ekonomi Wanita Perak) dan Tuan Hj Jamal bin Hj Din (Pengurus Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim / Miskin DAHIKMAH.

Kursus ini telah melibatkan seramai 10 peserta selama 5 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas jahitan beg bagi kegunaan harian seperti beg tote dengan poket, beg botol air, beg powerbank, beg pensel, beg kasut berzip dan sebagainya.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.

Kongsikan

Berita lain-lain: