Kursus Fertigasi Meja Dan Kanvas Ikan

Sabtu – 30 September 2023.

Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Anak Yatim bagi Kursus Fertigasi Meja dan Canvas Ikan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Asprasi Anak Perak (PASAK)), Encik Muhammad Muizzudin bin Din (Pengerusi Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar) dan Encik Mohd Noor bin Ramli (Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pengkalan Aur).

Kedua-dua kursus ini telah melibatkan seramai 20 peserta selama 5 hari bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas tanaman fertigasi, fertigasi meja & kanvas ikan, ilmu mengenai serangga perosak, racun serangga perosak dan baja dan pelbagai modul yang lain.

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program ini mampu memberikan manfaat kepada para peserta yang melibatkan diri dalam kursus ini.