Pusat Aspirasi Anak Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TV3 atas liputan media yang telah diberikan berkenaan Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani.
Liputan tersebut bukan sahaja membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif TVET yang dibawa oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, malah turut memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan belia, terhadap peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.
Sokongan media seperti ini amat penting dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan modal insan negeri Perak.
Tonton liputan penuh oleh TV3 di pautan berikut:



