29 Ogos, Ipoh – Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Encik Aldrin Ng telah menerima Anugerah Aspirasi Kecemerlangan AIM (Aspiration, Innovation & Mastery) TVET Perak Sejahtera 2030 dalam Majlis Apresiasi Madani bagi meraikan pencapaian pelajar SPM, STPM & STAM Tahun 2024.
Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak ini turut menghimpunkan warga pendidik, pelajar, ibu bapa serta rakan strategik pendidikan negeri dalam suasana penuh harmoni. Program ini juga diserikan dengan Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri serta peluncuran Program Propulih Perak Sejahtera 2025.
Penganugerahan ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada PASAK atas peranan penting dalam memperkukuh agenda TVET Negeri Perak, seiring dengan aspirasi menjadikan negeri ini sebagai Koridor TVET Negara menjelang tahun 2030. Melalui usaha berterusan dalam membangunkan modal insan, PASAK telah memainkan peranan strategik dalam menyediakan peluang kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran belia Perak.
Majlis ini turut menzahirkan penghargaan kepada warga pendidik, pengetua, guru besar, guru-guru serta ibu bapa atas sokongan mereka yang membawa kepada kejayaan akademik yang membanggakan negeri Perak pada tahun 2024.
Dengan pengiktirafan ini, PASAK komited untuk terus mendukung usaha kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan dan TVET, sekali gus memastikan generasi muda Perak bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki daya saing tinggi untuk mendep