PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK PERTANDINGAN INOVASI SEMPENA JELAJAH AIM TVET WITH CIKGU SAARANI @ KAMU 2025

25 Ogos 2025, Ipoh – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melalui Pengurus Besar, Encik Fikri Junit telah menghadiri sesi Perbincangan Kerjasama Strategik Pertandingan Inovasi sempena Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani @ KAMU 2025. Perbincangan ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi Institut Darul Ridzuan (IDR), Encik Azizul Hakim Abdul Karim; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr. Sharmila Mohamed Salleh serta Naib Presiden Yayasan Inovasi Malaysia, Encik Mohamad Latife Shamsudin.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada penyelarasan kerjasama strategik antara PASAK dan Yayasan Inovasi Malaysia dalam memperkasakan pertandingan inovasi yang menjadi antara komponen utama dalam Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani @ KAMU 2025.
Sesi ini bukan sahaja membuka ruang perbincangan mengenai hala tuju penganjuran pertandingan Inovasi, malah memperkukuh sinergi antara agensi negeri dan persekutuan dalam melahirkan bakat kreatif serta inovatif dalam kalangan belia. Dengan adanya kerjasama ini, diharap dapat melahirkan lebih ramai modal insan berdaya saing, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekosistem inovasi serta agenda TVET Negeri Perak dan Perak Sejahtera 2030.