Hari pertama Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani telah berlangsung dengan penuh meriah, menyaksikan penyertaan ramai peserta yang menonjolkan pelbagai kemahiran berteknologi serta inovasi kreatif mereka.
Keupayaan yang ditampilkan bukan sahaja mencerminkan bakat anak muda Perak, malah membuktikan potensi besar dalam bidang kemahiran untuk masa depan negeri dan negara.
Sambutan yang diberikan oleh para pengunjung juga amat menggalakkan, dengan pelbagai aktiviti interaktif dan pertandingan yang berjaya menarik perhatian serta memberi pengalaman bermakna kepada semua yang hadir.
Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan program ini pada 21 September 2025.