Bidor, 25 Oktober 2025 โ Program Jelajah AIM TVET sempena sambutan Ulang Tahun ke-60 SMK Syeikh Abdul Ghani telah berlangsung meriah di Dewan SMK Syeikh Abdul Ghani.
Pelbagai pengisian bermanfaat turut diadakan seperti sesi perkongsian bersama Ikon TVET, demonstrasi oleh institusi kemahiran serta pameran TVET daripada pelbagai agensi berkaitan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencerminkan tahap kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan kemahiran sebagai asas kerjaya yang mampu menjamin kemajuan individu dan negeri.
Jelajah ini turut dimeriahkan oleh kehadiran YB En. Sivanesan Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India) bersama Encik Raihanulazmi bin Mohamad, Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang; En. Aldrin Ng, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak; Tuan Haji Mohd Sabry bin Deraman, Pengetua SMK Syeikh Abdul Ghani; Encik Ahmad Fadyil bin Maulud, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Syeikh Abdul Ghani; serta guru-guru dan para pelajar yang turut sama melawat reruai pameran dan demonstrasi TVET yang menjadi salah satu tarikan utama sepanjang program ini.
Semoga inisiatif ini dapat diteruskan dan diperluas ke seluruh daerah bagi memastikan lebih ramai penduduk di Negeri Perak mendapat manfaatnya, seiring dengan usaha kerajaan negeri melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, dan mampu menyumbang kepada kemajuan negeri.



