Ipoh, 16 April β Kerajaan Negeri Perak menjemput semua rakyat Perak untuk hadir bagi memeriahkan Jelajah AIM TVET With Cikgu Saarani yang akan berlangsung pada 19 April 2025 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Kompleks Sukan Tapah.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datoβ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Khairudin Bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak), Dr. Mior Hamdan Bin Haji Ghazali (Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak), Dr Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah (Pengurus Besar Yayasan Perak) serta Encik Aldrin Ng, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Jelajah ini bertujuan membawa aspirasi dalam memperkasa bidang latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Perak dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti sesi βPerkongsian Ikon TVETβ , Demonstrasi Kemahiran, Pameran Jentera Berat, Servis Gunting Rambut Percuma, persembahan muzik dan banyak lagi. Ini sejajar dengan salah satu agenda Pelan Perak Sejahtera 2030 untuk merealisasikan negeri Perak sebagai Koridor TVET Malaysia.
Lebih istimewa, YAB Datoβ Seri Saarani Bin Mohamad akan turut serta dalam sesi khas βDari Dapur Cikgu Saaraniβ yang menampilkan Menteri Besar Perak bersama chef jemputan untuk menunjukkan demonstrasi memasak bersama-sama.