Logo Majlis TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

TVET

                 Perak serius mahu memperkasa dan melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai satu daripada strategi mengelak kebanjiran keluar bakat muda anak negeri. Perak meletakkan sasaran untuk menjadi Koridor TVET Malaysia menjelang 2030.


                  Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) adalah sebuah agensi pelaksana yang telah dilantik sebagai Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad. Antara matlamat utama Koridor TVET adalah:

 

  • Menarik Potensi dan Bakat.
    Mewujudkan Ekosistem TVET yang mampan. Perancangan ini mampu untuk menarik lebih ramai modal insan samada dalam dan di luar negeri Perak untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dalam negeri melalui sokongan selepas pengajian. Kewujudan banyak institusi latihan kemahiran merupakan kekuatan negeri Perak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
 
  • Perluaskan Industri.
    Menjadikan Perak sebagai koridor TVET secara tidak langsung akan membuka peluang industri/pelabur yang lebih luas khususnya dari aspek peluang pekerjaan samada semi skill, skill mahupun profesional melalui bekalan guna tenaga yang konsisten.
 
  • Sosioekonomi.
    Penekanan dalam elemen kemahiran juga akan mewujudkan masyarakat yang lebih dinamik, berdikari dan berdaya saing melalui agenda satu warga satu skil dimana kemahiran ini bukan sahaja digunakan di dalam industri pekerjaan tetapi turut mewujudkan peluang keusahawanan.
 
  • Pembudayaan TVET.
    Pembudayaan bidang TVET sebagai pilihan kerjaya di peringkat sekolah.
 
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat.
    Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendokong agenda satu warga satu skil.

            Pelbagai jenis program dan kursus latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah dilaksanakan oleh PASAK dengan kerjasama pelbagai pihak. PASAK juga telah diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri dalam menyelaras koridor TVET di negeri Perak.
Antara Program Latihan Kemahiran yang dilaksanakan oleh PASAK adalah:

  • Program TVET Latihan Modular Industri
  • Program TVET Mahir Kerja
  • Program TVET OKU
  • Program TVET Orang Asli
  • Program TVET Anak Yatim
  • Program TVET Warga Emas
  • TVET Exchange Program (TEP)

Sebarang pertanyaan mengenai Kertas kerja Program TVET PASAK boleh menghubungi Unit TVET PASAK ditalian 05-5264725

 

TVET Mahir Kerja
hazim

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐑𝐞𝐤𝐚 𝐆𝐚𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥

Perak, 14 Mac 2025 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan Majlis Penutup & Penyampaian Sijil Kursus Seni Reka Gaya Rambut Profesional dan Pemasaran

Info Lanjut »
TVET Warga Emas
hazim

TVET WARGA EMAS FASA 1 2025

𝐔𝐦𝐮𝐫 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭! Jangan biarkan usia menghalang anda untuk terus belajar dan berkembang! Sertai kursus TVET PERCUMA khas untuk warga emas –

Info Lanjut »
TVET Orang Asli
hazim

TVET ORANG ASLI FASA 1 2025

𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮, 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐣𝐮! TVET Orang Asli membantu anda menguasai kemahiran moden sambil mengekalkan warisan tradisi. Apa yang menunggu anda? Terima elaun latihan sebanyak

Info Lanjut »
TVET Modular Industri
hazim

TVET MODULAR INDUSTRI FASA 1 2025

𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧, 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧! Nak jadi tenaga kerja yang paling dicari? Sertai TVET Modular Industri & tingkatkan kemahiran anda! Program ni tak kosong tau,

Info Lanjut »
TVET Mahir Kerja
hazim

TVET MAHIR KERJA FASA 1 2025

𝐔𝐩𝐠𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐒𝐤𝐢𝐥, 𝐔𝐩𝐠𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐈𝐧𝐜𝐨𝐦𝐞! Kerja biasa-biasa atau nak jadi luar biasa? Sertai kursus TVET PERCUMA dan boost skil anda untuk masa depan lebih power! Elaun

Info Lanjut »
TVET OKU
hazim

TVET OKU FASA 1 2025

𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐂𝐞𝐫𝐚𝐡! Khusus untuk golongan berkeperluan khas, program ini menawarkan latihan TVET PERCUMA bagi membina kemahiran dan membuka lebih banyak peluang

Info Lanjut »
TVET Modular Industri
Admin PASAK

Kursus Teknologi Baik Pulih dan Mengecat Kenderaan

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐨𝐝𝐮𝐥𝐚𝐫 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐎𝐔) Ipoh, 22 Januari 2025 – Telah berlangsung majlis penyampaian sijil bagi Kursus

Info Lanjut »