14 Oktober 2025 – YB Dato’ Salbiah binti Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan) telah mengadakan sesi pemantauan Program TVET Usahawan di Maknakata Food Industries, Klebang, Perak.
Manakata Food Industries merupakan salah satu peserta Program TVET Usahawan yang memproseskan makanan Keropok Lekor asli.
Program ini merupakan inisiatif di bawah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Fab Skill selaku penyedia latihan. Tujuannya adalah untuk melatih serta memperkasakan usahawan Perak agar mampu meningkatkan kecekapan, kualiti, dan daya saing perniagaan mereka melalui pendekatan latihan TVET.
Dalam sesi pemantauan ini, YB Dato’ Salbiah bersama Pengurus Besar PASAK, Pengurus Fab Skill, dan pihak MAIPk telah meninjau operasi pengeluaran keropok lekor di Maknakata Food Industries, selain beramah mesra bersama peserta program mengenai impak latihan yang diterima terhadap pembangunan perniagaan mereka.
PASAK terus komited menjalankan program-program TVET demi memperkasakan tenaga mahir, termasuk usahawan-usahawan Perak. Ikuti maklumat lanjut berkaitan program-program TVET oleh PASAK menerusi laman rasmi perakpasak.org.
ย



