๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐˜-๐€๐‚๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐€ ๐‚๐Ž๐‹๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐ˆ๐€๐‚): ๐๐„๐‘๐€๐Š-๐€๐”๐“๐Ž๐Œ๐Ž๐“๐ˆ๐•๐„

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’.
Travelodge, Ipoh โ€“ Majlis penutupan Bengkel Industry-Academia Collaboration (IAC): Perak-Automotive telah disempurnakan pada 23 Oktober, menandakan kejayaan kolaborasi strategik antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), TalentCorp, dan Politeknik Sultan Azlan Shah. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini disambut dengan penyertaan daripada 13 pemain industri dan 24 institusi pendidikan.
Bengkel ini bertujuan untuk menjadi platform rangkaian antara institusi dan industri dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan keperluan tenaga mahir. Di samping itu, bengkel ini turut memfokuskan kepada pengumpulan dan penyelarasan data, serta mewujudkan kesedaran tentang pentingnya kolaborasi antara sektor akademik dan industri.
Diharapkan semoga bengkel IAC ini dapat memperkukuh kerjasama antara Institusi Latihan dengan Pemain Industri, selain meningkatkan kualiti latihan bagi memastikan tenaga mahir di Perak lebih kompetitif dan memenuhi keperluan industri.