Ipoh, 24 Julai 2025- Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menerima kunjungan daripada pihak Guangxi Vocational and Technology Institute of Industry (GTI) dan Wuhan Central Foreign Economic and Technical Cooperation Group Co. Ltd. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menerokai potensi jalinan kerjasama strategik dalam bidang vokasional dan teknikal antara dua pihak.
ย
Sesi ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) iaitu Encik Aldrin Ng, Pengarah PASAK, Encik Fikri Junit, Pengurus Besar PASAK, Encik Zul Iskandar, Pengurus Projek PASAK serta pegawai PASAK. Turut serta dalam sesi ini ialah wakil dari Guangxi Vocational & Technical Institute of Industry terdiri daripada Encik Tan, Naib Presiden GTI, Encik Deng Kaihao, Encik Liu Xingyi, Encik Xie Tong dan Encik Wu Jian serta wakil daripada Wuhan Central Foreign Economic and Technical Cooperation Group Co. Ltd., iaitu Puan Justina.
ย
Penempatan pekerjaan berasaskan kemahiran di peringkat antarabangsa turut menjadi antara agenda utama yang dibincangkan. Melalui kerjasama ini, diharapkan lebih ramai anak Perak akan mendapat peluang pekerjaan yang lebih meluas, sekali gus memperkukuh daya saing mereka di peringkat global. Keseluruhannya, perbincangan ini membuka ruang yang besar ke arah membina jaringan kerjasama yang mampan dan memberi manfaat bersama dalam pembangunan tenaga mahir.